Sunday, 17 January 2021

updated 1:18 PM UTC, Jan 17, 2021

Penduduk Armenia mula berpindah dari Nagorno-Karabakh

  • Published in Berita Dunia

AZERBAIJAN, 15 Nov - Penduduk Armenia memulakan proses berpindah dari wilayah yang akan diserah semula kepada Azerbaijan menerusi pelaksanaan perjanjian gencatan senjata yang ditaja Moscow.

Penyerahan semula wilayah akan bermula hari ini melibatkan wilayah Kalbajar dan Dadivank, yang menjadi wilayah pertama diserah semula kepada Azerbaijan.

Kalbajar terletak di barat laut Nagorno-Karabakh terletak di dalam wilayah Azerbaijan tetapi didiami penduduk Armenia selepas perpecahan Soviet Union.

Walaupun tidak diarah berpindah, majoriti penduduk mahu memulakan kehidupan baharu di Yerevan kerana bimbang tentang aspek keselamatan apabila Azerbaijan mengambil alih kawasan berkenaan.

Syarat lain dikenakan adalah kehadiran pasukan pengaman Russia bagi memastikan pematuhan gencatan senjata Nagorno-Karabakh.