Sunday, 17 January 2021

updated 12:18 PM UTC, Jan 17, 2021

COVID-19 Global: Lebih 1.3 juta nyawa terkorban

  • Published in Berita Dunia

GLOBAL, 14 Nov - Perkembangan COVID-19 global.

Sehingga kini Virus berkenaan telah meragut lebih 1.3 juta nyawa di seluruh dunia sejak pertama kali muncul di China penghujung tahun lalu.

Menurut data dikeluarkan Universiti Johns Hopkins, 53 juta kes positif jangkitan direkodkan.

Amerika Syarikat kekal menjadi negara paling teruk terjejas dengan 243,466 kes kematian.

Diikuti Brazil 164,281 kes, India 128,668 kes, manakala Mexico mencatatkan 97,056 kes serta United Kingdom sebanyak 51,396.

Dalam pada itu, Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia, WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus memuji pembangunan pantas vaksin COVID-19, namun mengingatkan setiap negara perlu mendapat manfaat dan akses yang sama.

Katanya, Vaksin merupakan pemacu kepada kawalan pandemik, dan pihaknya optimis dengan keputusan ujian klinikal akan diperoleh dalam minggu ini.