Sunday, 17 January 2021

updated 1:07 PM UTC, Jan 17, 2021

Pengeboman di Jeddah, kumpulan IS mengaku bertanggungjawab

  • Published in Berita Dunia

JEDDAH, 13 November - Kumpulan pengganas IS mendakwa bertanggungjawab dalam insiden pengeboman perhimpunan diplomat pada Rabu di bandar Jeddah.

Bagaimanapun tiada sebarang bukti yang menyokong dakwaan kumpulan berkenaan.

Kenyataan kumpulan pengganas berkenaan memaklumkan serangan itu dilakukan ahli mereka menggunakan bom buatan sendiri.

Kejadian di Jeddah itu mengakibatkan dua mangsa cedera termasuk anggota polis Yunani dan wakil kerajaan Arab Saudi.

Serangan berkenaan berlaku beberapa minggu selepas pengawal keselamatan di konsulat Perancis di bandar Laut Merah, cedera akibat diserang dengan pisau oleh warga Arab Saudi ketika kemarahan umat Islam terhadap penerbitan kartun menghina Nabi Muhammad.