Saturday, 28 November 2020

updated 11:55 AM UTC, Nov 28, 2020

Sepanyol berkurung enam bulan perintah Darurat

  • Published in Berita Dunia

BARCELONA, 27 Oktober - Sepanyol mengumumkan perintah darurat bagi seluruh negara bagi mengekang penularan COVID-19.

Perintah terbabit berkuat kuasa selama enam bulan.

Perkara itu diumum Perdana Menteri, Pedro Sánchez setelah mendapat kelulusan kabinet.

Ekoran itu, darurat akan berlangsung sehingga 9 Mei tahun hadapan.

Perintah itu membolehkan kerjaan tempatan menguatkuasakan perintah berkurung pada waktu malam bermula 11 malam sehingga enam pagi.

Satu-satunya kawasan dikecualikan daripada perintah berkurung ialah Kepulauan Canary kerana kerajaan berpendapat kes di situ tidak serius.

Penduduk menyifatkan perintah darurat terbabit sebagai sesuatu yang perlu dilakukan.

Justeru, mereka akan patuh arahan kerajaan.