Saturday, 28 November 2020

updated 9:00 AM UTC, Nov 28, 2020

Angka positif COVID-19 global hampiri 40 juta

  • Published in Berita Dunia

NEW YORK, 19 Oktober - Situasi COVID-19 global terus mencatat trend peningkatan.

Kumulatif kes positif kini menghampiri 40 juta.

Menurut Data dikeluarkan Universiti Johns Hopkins, lebih 39. 8 juta direkodkan dengan 1.1 juta kematian.

Eropah mencatat lebih 7.3 juta kes positif COVID-19 dengan angka korbannya melebihi 250,000.

Lima negara di benua itu paling teruk terjejas iaitu Britain 43,646 kematian daripada 722,409 kes, disusuli Itali, 36,543 kematian, Perancis lebih 33,000 dan Rusia, 24,187.

Amerika Syarikat masih menjadi negara paling terkesan dengan lebih 219,000 kematian direkodkan daripada lebih 1.1 juta angka korban dicatatkan di seluruh dunia.

Brazil pula mencatat lebih 154,000 kematian dengan kumulatif kes positif melebihi 5.2 juta setakat semalam.

Sementara itu, Menteri Kesihatan Afrika Selatan, Zweli Mkhize disahkan positif COVID-19 itu sekali gus menjadi individu kelima dalam kerajaan yang dijangkiti virus itu.

Setakat semalam, Afrika Selatan mencatat lebih 700,000 kes.