Saturday, 28 November 2020

updated 11:55 AM UTC, Nov 28, 2020

Protes di Thailand berterusan

  • Published in Berita Dunia

BANGKOK, 19 Oktober - Penunjuk perasaan terus mengingkari larangan berkumpul di ibu negara Thailand untuk empat hari berturut-turut dengan mengulangi tuntutan mereka termasuk peletakan jawatan perdana menteri.

Penunjuk perasaan yang berkumpul di Victory Monument dan Asoke turut menggesa pembubaran parlimen, pindaan perlembagaan dan reformasi institusi monarki.

Walaupun perintah darurat diisytiharkan di Bangkok, beribu-ribu penunjuk perasaan tetap berkumpul di Victory Monument dan Asoke bermula 4 petang waktu tempatan semalam.

Cuaca buruk dan perkhidmatan pengangkutan awam yang diberhentikan sementara nyata gagal menghalang ribuan penunjuk perasaan yang memakai baju hujan dan payung menyertai protes itu.

Selain dua tapak protes utama itu, perhimpunan turut diadakan di Bang Na, Imperial Samrong di Samut Prakan, Central Plaza WestGate di Nonthaburi.

Protes juga diadakan di seluruh negara diketuai oleh pergerakan belia, 'The People'.