Logo

IMF lulus US$12 bilion untuk pembangunan vaksin

AMERIKA SYARIKAT - US$12 bilion diluluskan Bank Dunia (IMF) untuk negara membangun membiayai pembelian dan pengagihan vaksin termasuk ujian serta rawatan COVID-19.

Pembiayaan bertujuan menyokong vaksinasi hingga satu bilion orang.

Kenyataan dikeluarkan IMF berkata, dana itu merupakan sebahagian daripada pakej Kumpulan Bank Dunia (WBG) hingga US$160 bilion sejak Jun lalu.

Langkah itu bertujuan membantu negara membangun menghadapi pandemik COVID-19.

Pakej bantuan kewangan ini isyarat kepada penyelidikan dan industri farmasiutikal bahawa penduduk di negara membangun juga memerlukan akses untuk mendapat vaksin COVID-19 yang berkesan dan selamat.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.