Saturday, 24 October 2020

updated 12:04 PM UTC, Oct 24, 2020

Seorang lagi menteri Indonesia disahkan positif COVID-19, kini jalani kuarantin

  • Published in Berita Dunia

INDONESIA, 22 September - Seorang lagi menteri Indonesia disahkan positif COVID-19.

Menteri Agama Facrul Razi, menjadi menteri ketiga Indonesia dijangkiti selepas menjalani ujian swab, Khamis lalu.

Menurut Pegawai Khasnya, Facrul Razi dilaporkan dalam keadaan baik dan sedang menjalani kuarantin.

Pada 14 Mac lepas, Menteri Perhubungan Indonesia Budi Karya Sumadi disahkan positif COVID-19, namun sembuh selepas menerima rawatan intensif di sebuah hospital di Jakarta.

Manakala pada 8 September, Menteri Kelautan dan Perikanan Edhy Prabowo turut disahkan positif virus itu.

Beliau dilaporkan semakin sembuh selepas dirawat di hospital sama.

Republik itu mencatatkan 4,176 kes positif baharu jangkitan virus jumlah tertinggi sejak kes pertama disahkan pada 2 Mac lepas.

124 lagi kematian dilaporkan menjadikan jumlah kematian kumulatif kini 9,677 orang.

Jakarta, kembali menguatkuasakan peraturan Pembatasan Sosial Berskala Besar selama dua minggu bermula 14 September lepas.