Saturday, 24 October 2020

updated 12:04 PM UTC, Oct 24, 2020

Aplikasi WeChat turut disekat Washington

  • Published in Berita Dunia

AMERIKA SYARIKAT, 19 September - Kerajaan Washington meneruskan niat mengharamkan penggunaan Tiktok dengan menyekat rakyatnya memuat turun aplikasi itu.

Tidak cukup dengan itu, kini aplikasi perbualan WeChat pula disekat dengan alasan ancaman keselamatan negara.

Tindakan itu sekali gus memburukkan lagi pertengkaran teknologi digital dengan Kerajaan Beijing.

Dengan perintah itu, pemilik Wechat, Tencent akan kehilangan fungsinya di Amerika bermula Ahad.

Pengguna Tiktok akan disekat daripada memuat turun kemas kini terbaru namun masih boleh mengakses aplikasi itu sehingga 12 November.

Tempoh masa itu memberi ruang kepada pemilik Tiktok, Bytedance dan syarikat di Amerika untuk melindungi data aplikasi untuk meredakan kekhuatiran keselamatan Amerika.

Walau bagaimanapun Bytedance mengecam tindakan itu dan berkeras mahu mengheret pentadbiran Donald Trump ke muka pengadilan.