Wednesday, 30 September 2020

updated 2:43 PM UTC, Sep 29, 2020

Auckland diletak di bawah perintah berkurung

  • Published in Berita Dunia

NEW ZEALAND, 12 Ogos - Perdana Menteri New Zealand; Jacinda Ardern mengumumkan Auckland akan kembali diletakkan di bawah perintah berkurung.

Tindakan itu dilakukan susulan pengesanan 4 penularan COVID-19 dalam komuniti.

Perintah berkurung berkuat kuasa tengah hari INI dan amaran untuk jangkitan dinaikkan ke tahap ketiga.

Manakala amaran untuk bahagian lain di negara terbabit dinaikkan kepada tahap 2.

Perintah dan amaran berkuat kuasa selama 3 hari sehingga tengah malam Jumaat.

Perintah berkurung di Auckland bakal menyaksikan hanya pekerja khidmat penting dibenar ke pejabat.

Fasiliti awam, restoran dan perniagaan tidak dibenar beroperasi.

Untuk bahagian negeri lain, perhimpunan awam membabitkan lebih 100 individu tidak dibenarkan.

Empat jangkitan dalam komuniti dikesan membabitkan lebih daripada satu daerah di Auckland.