Tuesday, 29 September 2020

updated 2:43 PM UTC, Sep 29, 2020

PM Lubnan letak jawatan

  • Published in Berita Dunia

LUBNAN, 11 Ogos - Selepas seminggu Beirut ‘bermandi darah’ ekoran tragedi letupan di pelabuhan yang mengorbankan hampir 200 nyawa, Perdana Menteri Lubnan, Hassan Diab mengumumkan letak jawatan.

Menteri Kewangan, Ghazi Wazni juga meletak jawatan.

Hassan Diab membuat pengumuman itu secara langsung di televisyen, ketika negara bertambah huru-hara dengan tunjuk perasaan penduduk yang marah dengan kejadian letupan tersebut.

Al Arabiya melaporkan berita mengejutkan itu, susulan dua menteri iaitu Menteri Undang-Undang dan Menteri Kewangan meletak jawatan.

Sebelum ini dua menteri dan sembilan ahli Parlimen bertindak sama ekoran kejadian letupan di pelabuhan Beirut.

Tragedi Letupan di Beirut yang mengorbankan sekurang-kurangnya 158 nyawa dan 6,000 orang cedera itu membangkitkan kemarahan rakyat.

Menteri Undang-Undang Lubnan, Marie Claude Najem merupakan anggota pentadbiran kerajaan ketiga yang berbuat demikian selepas menerima protes rakyat yang berang dengan pengendalian tragedi letupan oleh kerajaan.

Surat perletakan jawatan diserahkan kepada Perdana Menteri, Hassan Diab.

Tindakan dibuat sebelum mesyuarat kabinet bagi membincangkan insiden letupan 4 Ogos lalu.

Pada Khamis, Marie dilontar botol oleh kumpulan tunjuk perasaan semasa lawatan di lokasi tragedi letupan.

Ahad lalu Menteri Penerangan, Manal Abdel Samad dan Menteri Alam Sekitar, Damianos Kattar meletak jawatan selepas protes terhadap pentadbiran Diab memuncak.