Tuesday, 29 September 2020

updated 2:43 PM UTC, Sep 29, 2020

Kerajaan Lubnan akan dakwa pihak terlibat letupan ammonium nitrat jika didapati cuai

  • Published in Berita Dunia

BEIRUT, 5 Ogos - Majlis Keselamatan Tinggi Lubnan mengisytiharkan kawasan berlaku letupan ammonium nitrat di Beirut sebagai zon bencana bagi melancarkan operasi mencari dan menyelamat.

Majlis turut mencadangkan supaya perintah darurat diumumkan selama dua minggu bagi menyerahkan soal keselamatan kepada pasukan tentera.

Pada mesyuarat itu, Perdana Menteri Hassan Diab berkata, kerajaan tidak dapat menerima tindakan menyimpan 2,750 tan ammonium nitrat di dalam gudang Hangar 12 pelabuhan Beirut tanpa sebarang langkah keselamatan diambil bagi mengelak tragedi.

Perkara itu akan disiasat dengan terperinci dan kerajaan berjanji akan membawa pihak terlibat ke muka pengadilan jika letupan berlaku disebabkan kelalaian.

Selain itu, siasatan juga menjurus kepada punca dan bagaimana letupan berlaku menyebabkan gelombang kejutan ke seluruh Beirut.

Kesan kemusnahan letupan kuat itu turut menyebabkan kemusnahan kepada infrastruktur sehingga ke pinggir Beirut.