Friday, 25 September 2020

updated 2:03 PM UTC, Sep 25, 2020

COVID-19: Indonesia catat 102,051 kes

  • Published in Berita Dunia

JAKARTA, 29 Julai - Indonesia kekal menjadi negara Asia Tenggara yang mencatatkan kes COVID-19 paling tinggi.

Ketika ini, negara itu merekodkan 102,51 kes dengan jumlah kematian keseluruhan mencecah 4,901 orang.

Berdasarkan data rasmi kerajaan Indonesia, seramai 46,648 pesakit masih dalam pemantauan.

Sebanyak 63 lagi kematian dicatatkan semalam, manakala kes positif baharu adalah sebanyak 1,748 kes.

Daerah Jawa Timur mencatatkan kes positif keseluruhan tertinggi iaitu 21,125 kes.

Ia diikuti Jakarta 19,995 kes dan selebihnya di 32 wilayah lain.

Jawa Timur juga mencatatkan jumlah kematian keseluruhan tertinggi iaitu 1,630 orang, diikuti Jakarta sebanyak 784 kematian.

Seramai 582 pesakit di Jawa Tengah terkorban, manakala Sulawesi Selatan mencatatkan angka kematian 311 nyawa.