Friday, 7 August 2020

updated 4:04 PM UTC, Aug 7, 2020

MH17: Belanda mahu bawa Rusia ke Mahkamah Hak Asasi Manusia

  • Published in Berita Dunia

 

THE HAGUE, 12 Julai - Kerajaan Belanda akan membawa Rusia ke Mahkamah Eropah untuk Hak Asasi Manusia bagi pertuduhan penglibatan negara itu di dalam kes tembak jatuh pesawat Malaysia (MH17) di utara Ukraine, 6 tahun lalu.

Kementerian Luar Belanda, berkata bukti yang sudah dikumpulkan berkaitan kes berkenaan akan diserah kepada mahkamah hak asasi.

Langkah membawa kes berkenaan ke mahkamah hak asasi bertujuan menyokong setiap kes yang difailkan oleh ahli keluarga penumpang pesawat.

Sebelum ini, perbicaraan terhadap empat suspek diadakan tanpa kehadiaran tertuduh melibatkan warga Rusia, Igor Girkin, Sergei Dubinsky dan Oleg Pulatov serta warga Ukraine, Leonid Kharchenko.

Pada 17 Julai 2014, pesawat MH17 membawa 298 penumpang dan anak kapal dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, ditembak jatuh di Ukraine.

Berikutan itu, Pasukan Siasatan Bersama (JIT) dibentuk dengan dianggotai penyiasat dan pendakwa dari Australia, Belgium, Malaysia, Belanda dan Ukraine.

Penyiasat antarabangsa menyatakan pesawat Boeing 777 itu ditembak peluru berpandu BUK buatan Rusia, dilepaskan dari wilayah dikuasai pemberontak pro-Rusia.