Friday, 7 August 2020

updated 4:04 PM UTC, Aug 7, 2020

Pemulihan pasca COVID-19: Peluang Asean teliti semula trajektori pertumbuhan

  • Published in Berita Dunia

THAILAND, 6 Julai - Tempoh pemulihan pasca COVID-19 merupakan peluang terbaik untuk ASEAN meneliti semula trajektori pertumbuhannya.

Langkah itu penting bagi memastikan rantau ini, kekal berdaya tahan, mempunyai kemampuan digital, lebih inklusif serta mapan pada masa hadapan.

Setiausaha Agung ASEAN, Datuk Lim Jock Hoi dalam masa sama, menekankan kepentingan untuk mewujudkan kerjasama lebih awal dalam kalangan negara anggota agar cabaran Covid-19 ditangani dengan lebih baik.

Pada masa sama, sektor swasta di rantau ASEAN juga perlu memainkan peranan penting dalam menyokong usaha pemulihan ekonomi dengan mengembalikan semula pekerjaan dan keyakinan perniagaan.

Pandangan disuarakan beliau dalam sesi dialog secara maya anjuran Institut Penyelidikan CIMB ASEAN (CARI).