Friday, 7 August 2020

updated 4:04 PM UTC, Aug 7, 2020

COVID-19: Sektor hospitali di England dibuka semula

  • Published in Berita Dunia

LONDON, 5 Julai - Sesetengah jalan dan siar kaki di Soho mula mengendurkan larangan penjarakan sosial dan menyokong industri hospitaliti ketika bar, kedai minum serta restoran dibuka semula di London dan seluruh England.

Walaupun minuman keras agak basi kerana tidak disentuh selama lebih tiga bulan, tetapi warga Britain masih bersemangat meminumnya.

England membuka semula kedai-kedai kegemaran ramai itu dan menarik balik larangan lain yang berkaitan Covid-19.

Nick, seorang akauntan berusia 38 tahun yang datang bersama tiga lagi rakannya berkata, ini kali pertama mereka berkumpul sejak semua kedai minum ditutup pada penghujung Mac.

Tambahnya, walaupun masih terasa takut untuk keluar disebabkan bahaya yang masih berleluasa dijangkiti penyakit, "tetapi pada satu ketika kita perlu keluar juga".

Covid-19 membunuh lebih banyak orang di Britain berbanding tempat-tempat lain di Eropah dengan jumlah seramai 44,131.

Kerajaan cuba menghidupkan semula sektor hospitalitinya dengan memperkenalkan "Super Saturday".

Restoran akhirnya dibenar dibuka kepada pelanggan dan pengunting rambut kini boleh menggunakan gunting dan sikat mereka semula.