Logo

15,000 pekerja Airbus bakal ditamatkan

BLAGNAC, 1 Julai - Airbus bakal menamatkan perkhidmatan 15,000 pekerja yang berpusat di Eropah berikutan kesulitan kewangan kesan pandemik COVID-19.

Syarikat penerbangan gergasi Eropah itu akan membuang 5,000 pekerja di Perancis, 5,100 di Jerman, 1,700 di Britain, 900 di Sepanyol dan 1,300 lagi di lokasi lain.

Sementara itu, Kesatuan sekerja Airbus menyuarakan bantahan terhadap pengumuman kumpulan itu dan menyeru untuk mengadakan rundingan dalam menghadapi krisis yang dianggap sebagai "kitaran".

Syarikat itu mahu memulakan pemotongan pekerjaan dalam beberapa bulan, mulai musim luruh ini.

Tumpuan terarah kepada pemberhentian secara sukarela dan persaraan awal.

Bagaimanapun, pekerjaan utama turut akan termasuk dalam senarai pemberhentian kerja.

Aktiviti perniagaan komersial Airbus telah menjunam hampir 40 peratus ketika wabak itu melanda, menyebabkan sempadan ditutup, menghentikan operasi industri pelancongan dan menumbangkan pemain industri serta pesaingnya Boeing.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.