Friday, 14 August 2020

updated 10:57 AM UTC, Aug 14, 2020

Syarikat produk antarabangsa sertai kempen boikot Facebook

  • Published in Berita Dunia

WASHINGTON, 1 Julai - Syarikat produk antarabangsa Unilever, Starbucks, Levis dan Coca-Cola antara jenama yang menyertai kempen boikot terhadap gergasi media sosial Facebook.

Tindakan itu bagi mendesak pengendali FB menghentikan kandungan maklumat yang berunsur kebencian dan perkauman.

Kempen boikot FB itu digerakkan menerusi kumpulan aktivis sosial "Color of Change and the Anti-Defamation League" NAACP itu.

Menerusinya syarikat korporat menyokong kempen hashtag "Stop Hate For Profit" yang mendesak kandungan seperti berkaitan Presiden Donald Trump, isu perkauman dan penindasan etnik dikeluarkan daripada FB.

Bagaimanapun boikot tersebut tidak memberi kesan kepada Facebok berikutan pengasasnya Mark Zuckerberg
mendakwa mengamalkan prinsip terbuka dan kebebasan bersuara dalam kalangan 2.6 bilion penggunanya.

Ketika ini terdapat 7 juta pengiklan menggunakan platform Facebook terdiri daripada syarikat perusahaan kecil dan sederhana seluruh negara.