Friday, 14 August 2020

updated 10:57 AM UTC, Aug 14, 2020

Iran keluar waran tangkap terhadap Trump

  • Published in Berita Dunia

TEHRAN, 1 Julai - Iran mengeluarkan waran tangkap terhadap Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump atas pembunuhan komander kanan Pasukan Pengawal Revolusi Iran (IRGC), Leftenan Jeneral, Qasem Soleimani pada Januari lalu.

Tehran turut meminta bantuan Agensi Polis Antarabangsa (Interpol) untuk mengeluarkan notis merah ke atas bilionair hartanah itu.

Peguam Negara, Ali Alghasi-Mehr mendakwa Trump bersama 35 individu lain yang didakwa terlibat dengan tuduhan membunuh dan keganasan.

Pada 3 Januari lalu, Soleimani, 62 tahun , terbunuh dalam serangan dron yang diarahkan Trump di Baghdad.

Ia turut mencetuskan krisis baharu di Asia Barat hingga menyaksikan harga minyak melonjak selain siri serangan balas dilancarkan Teheran dan proksi mereka ke atas pangkalan tentera tentera Amerika di Iraq.

Sebelum ini, pentadbiran Trump melabel Soleimani sebagai 'pengganas' dan mendakwa beliau bertanggungjawab atas kematian ratusan tentera Amerika di Baghdad.

Amerika Syarikat bertanggungjawab merancang pembunuhan pemimpin Pengawal Revolusi, Pasukan Quds itu dan yang lain dalam serangan dron pada Januari berhampiran Lapangan Antarabangsa Baghdad.