Logo

PBB bidas tindakan Israel ceroboh, rampas tanah Palestin

GENEVA, 1 Julai - Tindakan Israel merampas tanah Palestin selepas menceroboh secara haram ; menyalahi undang-undang.

Justeru, Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) mahu Perdana Menterinya; Benjamin Netanyahu, menghentikan rampasan tanah di Tebing Barat dan Lembah Jordan.

Menurut Ketua Hak Asasi Manusia PBB; Michelle Bachelet, sebarang rampasan tanah tanpa mengira saiz pencerobohan adalah tidak sah.

Beliau turut mendesak Israel untuk mendengar nasihat mantan pegawai kanan dan jeneral sendiri, serta banyak suara di seluruh dunia yang menggesa supaya tindakan itu tidak diteruskan.

Kecaman antarabangsa terhadap tindakan Israel makin meningkat berikutan negara Yahudi itu cuba melaksanakan langkah pertama dalam pelan damai Asia Barat yang dicadangkan Amerika Syarikat.

Kementerian Luar Israel, dalam satu kenyataan, memberi reaksi dengan menuduh Bachelet bersikap berat sebelah dan cuba mempolitikkan isu terbabit.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.