Wabak COVID-19 di India: 529,577 kes dengan 16,103 kematian

NEW DELHI, 28 Jun - Jangkitan wabak Covid-19 di India kini mencecah lebih 500-ribu kes dengan 20-ribu kes baharu semalam.

Lebih 16-ribu orang meninggal dunia termasuk 414 individu dalam tempoh 24 jam.

Pihak berkuasa India menyatakan - Beberapa kerajaan negeri sedang mempertimbangkan untuk mengenakan sekatan.

Perintah sekatan yang dibuat secara berperingkat sejak 25 Mac lalu mula dibuka semula berikutan ia memberi kesan kepada ekonomi.

Pakar Kesihatan berpendapat jumlah kes Covid-19 di negara itu boleh mencecah angka satu juta sebelum akhir Julai.

Wabak itu melanda bandar yang berpenduduk padat di India dan kini keadaan di New Delhi membimbangkan kerana sudah mengatasi Mumbai dengan 80-ribu kes.

India menjadi negara keempat paling teruk terjejas di dunia akibat wabak itu, di belakang Amerika Syarikat, Brazil dan Rusia,

Dalam usaha untuk meningkatkan ujian saringan Covid-19, pihak berkuasa Delhi sudah memanggil 33-ribu pekerja kesihatan untuk memeriksa sekitar dua juta individu.