Logo

Protes Kematian Floyd: Jumlah tangkapan lebih 10,000 orang

AMERIKA SYARIKAT, 5 Jun - Jumlah individu yang ditahan dalam protes kematian George Floyd di Amerika syarikat; telah mencecah lebih 10 ribu orang.

Jumlah itu dicatat susulan penahanan ratusan individu setiap hari.

Media antarabangsa melaporkan, sebahagian daripada jumlah tangkapan dibuat di Los Angeles.

Ia diikuti New York, Dallas and Philadelphia.

Kebanyakan daripada penahanan dibuat kerana kesalahan seperti pelanggaran perintah berkurung dan keengganan bersurai selepas diarahkan pihak berkuasa.

Selain itu, penunjuk perasaan juga melakukan kesalahan pecah masuk premis.

Tunjuk perasaan tercetus berikutan kemarahan terhadap rakaman video yang tular di Facebook, menunjukkan anggota polis menggunakan kekasaran ketika menahan suspek pada 25 Mei lalu.

Suspek Lelaki kulit hitam itu ditahan kerana didakwa cuba menggunakan wang palsu di sebuah kedai di Minnesota ; dia disahkan meninggal dunia di hospital.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.