Logo

Jerman umum pakej rangsangan ekonomi RM130 bilion euro

 

JERMAN, 5 Jun - Jerman meluluskan pakej berjumlah 130 bilion euro bagi merangsang semula ekonomi yang terjejas akibat penularan pandemik Covid-19.

Canselor Angela Merkel membentangkan perincian pakej ekonomi bagi tempoh 2020 hingga 2021.

Antara pakej rangsangan ialah pemotongan cukai kepada perniagaan, pemberian 300 euro kepada setiap kanak-kanak dan pembeli kereta elektrik dengan rebat sehingga 6 ribu euro.

Pelan pemulihan ekonomi juga memberi tumpuan kepada pekerja yang kehilangan sumber pendapatan dengan menjanjikan peluang pekerjaan.

Selain itu, 25 bilion daripada jumlah keseluruhan pakej diperuntuk kepada usaha menggalakkan inovasi termasuk menangani isu perubahan cuaca dan era pendigitalan perniagaan.

Pakej ini merupakan tambahan kepada pakej berjumlah 1 perpuluhan 1 trilion euro yang diumumkan pada Mac lalu.

Jaminan pinjaman, subsidi dan program pekerjaan baharu turut diperkenalkan bagi memastikan tiada rakyat kehilangan pekerjaan pasca penularan Covid-19.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.