Saturday, July 4, 2020

updated 2:24 PM UTC, Jul 3, 2020

AS kenakan perintah berkurung waktu malam di bandar utama

  • Published in Berita Dunia

WASHINGTON , 1 Jun - Perintah berkurung waktu malam dikenakan di Washington dan bandar-bandar utama Amerika Syarikat.

Datuk Bandar Daerah Colombia, Muriel Bowser memberitahu, perintah berkurung itu bakal bermula pada pukul 11 malam hingga 6 pagi.

Serentak dengan itu, khidmat Pengawal Nasional diperlukan bagi membantu pihak polis.

Langkah itu diambil selepas penunjuk perasaan anti keganasan polis berhimpun berhampiran White House.

Sementara itu, penunjuk perasaan di bandar seluruh Amerika Syarikat, kembali memenuhi jalan raya, bagi memprotes tindakan pihak polis selain kenyataan Presiden Donald Trump yang menyamakan perbuatan golongan berkenaan dengan pengganas dalam negeri.

Minneapolis, St Paul, antara lokasi yang dipantau rapi selepas melibatkan penyertaan ribuan orang awam, sebelum masing-masing berarak di lebuh raya.

Tunjuk perasaan besar-besaran turut berlaku di beberapa bandar seperti Miami dan Washington.