Thursday, July 2, 2020

updated 1:09 PM UTC, Jul 2, 2020

COVID-19: Kematian di AS lepasi 100,000 kes

  • Published in Berita Dunia

 

WASHINGTON, 28 Mei - Kematian akibat COVID-19 di Amerika Syarikat melepasi 100,000 orang dan pandemik itu kini semakin memuncak di Amerika Latin.

Angka bencana itu adalah amaran terhadap betapa buruknya wabak yang melanda seluruh Amerika ketika ini.

Menurut statistik Universiti Johns Hopkins, jumlah kematian di AS setakat ini ialah sebanyak 102,94 kes dengan lebih 1.74 juta orang disahkan positif COVID-19.

Amerika Selatan, khususnya negara terbesar Brazil, turut menimbulkan kebimbangan apabila mencatatkan 411,821 kes jangkitan termasuk 25,598 kematian.

Ketika kebanyakan negara Barat sudah mula melonggarkan sekatan dan rakyat dibenarkan memulakan rutin harian seperti biasa, virus itu terus mengganas di Amerika Latin dengan jangkitan harian mengatasi Eropah dan Amerika Syarikat.

Pengarah Pertubuhan Kesihatan Pan Amerika (PAHO), Carissa Etienne, berkata pihaknya amat prihatin bahawa jumlah kes baharu yang dilaporkan minggu lalu di Brazil adalah yang tertinggi untuk tempoh tujuh hari sejak wabak itu bermula.

Peru dan Chile juga melaporkan kes yang tinggi, menunjukkan jangkitan terus melonjak di kedua-dua negara.