Logo

Penumpang pengangkutan awam di Korea Selatan wajid pakai pelitup muka

SEOUL, 28 Mei - Penumpang yang tidak memakai pelitup muka dihalang untuk menggunakan pengangkutan awam seperti bas atau teksi di Korea Selatan.

Semua penumpang domestik dan penerbangan antarabangsa juga dikehendaki memakai pelitup muka.

Walaupun pemakaian pelitup muka bukanlah sesuatu mandatori untuk penumpang namun pemandu perlu memujuk mereka untuk memakainya.

Sebelum ini jika terdapat pemandu yang enggan mengambil penumpang mereka akan di kenakan denda dan penggantungan lesen namun jika terdapat penumpang tidak memakai pelitup muka ia dikecualikan.

Langkah berkenaan bagi mencegah penyebaran coronavirus merebak kepada penumpang lain.

Ini memandangkan pengangkutan awam melibatkan ramai orang dan agak sukar untuk mengawalnya.

Pemakaian pelitup muka telah dikuatkuasakan oleh kerajaan tempatan dan ia akan di perluaskan ke seluruh negara.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.