Logo

COVID-19: 23,851 kes positif di Indonesia

JAKARTA, 28 Mei - Kes positif COVID-19 di Indonesia kini meningkat kepada 23,851 kes dengan 55 kematian baharu dicatatkan semalam.

Menurut jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, Achmad Yurianto, sebanyak 686 tambahan kes positif baharu, manakala jumlah keseluruhan kematian akibat virus itu kini meningkat kepada 1,473 orang.

Seramai 12,667 pesakit masih dalam pemantauan.

Jakarta masih mencatatkan jumlah keseluruhan kematian tertinggi setakat ini iaitu 509 kes, diikuti Jawa Timur (320 kes) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di Indonesia.

Berdasarkan data worldometers, angka kematian direkodkan Indonesia jauh lebih ramai berbanding Filipina (904 kes) Malaysia (115), Thailand (57), Singapura (23), Myanmar (6) dan Brunei (2 kes ).

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.