Sunday, January 19, 2020
updated 1:23 AM UTC, Jan 19, 2020

Pulau Luzon, Filipina dijangka dilanda Taufan Kammuri

  • Published in Berita Dunia



PULAU LUZON, FILIPINA - Pulau Luzon di utara Filipina kini diancam Taufan Kammuri. Ribuan penduduk sudah dipindahkan sebagai langkah berjaga-jaga. Bencana berkenaan juga dikhuatiri menjejaskan beberapa acara sukan SEA Filipina.

Sebahagiannya telah dijadualkan semula dan ada yang ditangguhkan atas faktor keselamatan.

Pihak berkuasa menjalankan proses pemindahan penduduk ke kawasan selamat khususnya di sekitar tenggara kepulauan berkenaan. Taufan dahsyat itu dijangka akan melanda Luzon di antara Isnin dan Selasa.

Menurut Pentadbiran Perkhidmatan Atmosfera, Geofizikal dan Astronomi Filipina, taufan Kammuri membawa angin dengan kekuatan 150 kilometer sejam berhampiran pusat.