Thursday, July 2, 2020

updated 1:09 PM UTC, Jul 2, 2020

COVID-19: Penularan wabak meningkat di Amerika Selatan

  • Published in Berita Dunia

 

WASHINGTON, 27 Mei - Pertubuhan kesihatan antarabangsa, menyuarakan kebimbangan berikutan penularan COVID-19 yang semakin meningkat di Brazil, Peru dan Chile.

Pengarah Pertubuhan Kesihatan Pan Amerika (PAHO) yang berpangkalan di Washington, Carissa Etienne, menyatakan, Brazil mencatat angka tertinggi dalam tempoh seminggu, sejak wabak bermula.

Peru dan Chile turut mencatatkan peningkatan kes, sekaligus memberi petanda penyebaran pandemik masih tinggi melibatkan ketiga-tiga negara berkenaan.

PAHO yang berfungsi sebagai pejabat serantau bagi Pertubuhan Kesihatan Sedunia WHO menjalankan pemantauan terhadap pergerakan pandemik itu di Amerika Latin dan Carribean.

Menurut laporan yang dikeluarkan pada 25 Mei, angka kes COVID-19 di Amerika Latin telah mengatasi angka kes harian bagi Eropah dan Amerika Syarikat.