Logo

COVID-19: WHO gantung sementara ujian klinikal Hydroxychloroquine

GENEVA, 27 Mei - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menggantung sementara ujian klinikal hydroxy-chloroquine untuk merawat pesakit COVID-19.

Ketua Pengarahnya, Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata, ia sebagai langkah berjaga-jaga.

Keputusan itu dicapai selepas kajian jurnal Lancet menunjukkan penggunaan bahan berkenaan berisiko meningkatkan kadar kematian mangsa yang terkena jangkitan.

Tedros mendakwa kumpulan eksekutif digelar "Solidarity Trial", dimana ratusan hospital di beberapa negara telah mendaftarkan pesakitnya untuk dirawat menggunakan kaedah sama, telah digantung ujiannya.

Hydroxychloroquine lazimnya digunakan untuk merawat artritis atau sendi.

Namun, kenyataan umum yang dikeluarkan beberapa pihak, termasuk Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, telah mendorong kerajaan lain untuk membeli ubat berkenaan dalam jumlah besar.

Malah Menteri Kesihatan Brazil juga senada dengan penggunaannya, sama seperti chloroquine anti-malaria, untuk merawat pesakit ringan COVID-19.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.