Monday, 3 August 2020

updated 2:25 PM UTC, Aug 3, 2020

Palsukan permit kebenaran rentas negeri, penjawat awam ditahan

  • Published in Jenayah


ALOR SETAR, 26 Mei - 
Seorang penjawat awam ditahan kerana melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat.

Dibenarkan rentas negeri, pulang ke kampung di Pendang, Kedah, namun tinggal melebihi tarikh yang ditetapkan.

Malah, dia didapati memalsukan permit kebenaran rentas negeri untuk melakukan pergerakan pulang ke Putrajaya.

Ketua Polis Kedah, Datuk Zainuddin Yaacob berkata lelaki tersebut dikesan mengubah tempoh permit yang dikeluarkan dari Balai Polis Presint 7.

Lelaki berusia lingkungan 40-an bersama ahli keluarganya tidak dibenarkan keluar dari Kedah sehingga siasatan selesai.

Datuk Zainuddin ditemui pemberita selepas melakukan pemeriksaan mengejut dari rumah ke rumah di sekitar Alor Setar.