Monday, 3 August 2020

updated 2:25 PM UTC, Aug 3, 2020

China ancam Amerika Syarikat, sekiranya berkeras menyakiti kepentingan China

  • Published in Berita Dunia

CHINA, 26 Mei - China mengancam akan bertindak balas terhadap Amerika Syarikat sekiranya dikenakan tindakan terhadap usaha melaksanakan undang-undang hasutan di Hong Kong.

Ia selepas Ketua Keselamatan Pusat Perniagaan di wilayah itu menggelarkan pelaksanaan undang-undang itu sebagai alat membanteras keganasan.

Menurut Kementerian Luar China, Zhao Lijian, sekiranya Amerika Syarikat berkeras untuk menyakiti kepentingan China, China akan mengambil setiap langkah yang diperlukan untuk melawan dan menentang.

Beijing merancang meluluskan undang-undang keselamatan baharu untuk Hong Kong yang melarang pengkhianatan, penindasan dan hasutan selepas berdepan protes pro-demokrasi yang sering mengakibatkan berlakunya keganasan, tahun lalu.

Bagaimanapun, ribuan penunjuk perasaan berkumpul di jalan bagi membantah pelaksanaannya walaupun dilarang berkumpul bagi membanteras COVID-19.

Protes itu dilakukan penduduk Hong Kong, kumpulan ahli perniagaan dan negara Barat bimbang, cadangan itu akan memberi tamparan hebat terhadap hak kebebasan mereka.

Namun, Beijing tetap akan bertindak balas terhadap sekatan dari Washington itu.