Monday, June 1, 2020

updated 2:10 PM UTC, Jun 1, 2020

Kerajaan Indonesia tidak halang solat sunat Aidilfitiri di masjid

  • Published in Berita Dunia

JAKARTA, 22 Mei - Umat Islam Indonesia dibenarkan mengerjakan solat sunat Aidilfitiri di masjid.

Mereka bagaimanapun tertakluk kepada peraturan ketat pencegahan Covid-19.

Perkara itu diumumkan Presiden Joko Widodo selepas mempengerusikan mesyuarat berkaitan persiapan menjelang sambutan Aidilfitri dalam konteks pengawalan penyakit berjangkit.

Semua agensi kesihatan Indonesia diarah memberi penjelasan terperinci kepada rakyat berkaitan sambutan Aidilfitri dan solat sunat di masjid.

Kerajaan meminta semua pihak patuh langkah pencegahan asas seperti penjagaan kebersihan, penjarakan sosial dan pemakaian pelitup muka.

Majlis Ulama Indonesia yang menyertai perbincangan dengan kerajaan, dijangka mengeluarkan garis panduan terperinci mengenainya.

Setakat ini, ia mencadangkan supaya solat sunat Aidilfitri diadakan di rumah bersama ahli keluarga.