Tuesday, June 2, 2020

updated 10:45 AM UTC, Jun 2, 2020

Brunei: Masjid dibuka secara berperingkat, bermula solat Jumaat pada 29 Mei

  • Published in Berita Dunia

 

BRUNEI, 21 Mei - Brunei akan membuka semula masjid dan surau secara berperingkat.

Menteri hal Ehawal Agamanya, Datuk Awang Badaruddin Pengarah Datuk Awang Othman berkata ia akan di buka semula pada 29 mei untuk solat Jumaat sahaja.

pembukaan masjid di seluruh negara itu dilakukan dalam beberapa fasa.

Fasa pertama selama 2 minggu yang melibatkan 3 kali solat Jumaat.

Jika tiada kes baharu, fasa kedua akan dilakukan dengan membenarkan solat 5 kali sehari dengan langkah-langkah pencegahan.

Ini termasuklah pembukaan masjid 10 minit awal sebelum Azan dan 10 minit penutupan selepas selesai solat berjemaah.

Aplikasi BruHealth akan digunakan sepenuhnya untuk langkah kawalan dengan menentukan tahap kesihatan seseorang individu.