Wednesday, 25 November 2020

updated 12:21 PM UTC, Nov 24, 2020

Firma bioteknologi AS dakwa ujian klinikal pertama vaksin COVID-19 tunjuk kejayaan

  • Published in Berita Dunia

WASHINGTON, 19 Mei - Firma bioteknologi Amerika Syarikat, Moderna mendakwa keputusan awal ujian klinikal pertama vaksin COVID-19 menunjukkan kejayaan.

Ujian tersebut telah dilakukan terhadap sejumlah kecil sukarelawan, membabitkan tiga kumpulan terdiri daripada 15 pesakit berumur antara 18 hingga 55 tahun.

Menurut Ketua Pegawai Perubatan Moderna, Tal Zaks, ujian vaksin iaitu mRNA-1273 dilihat menghasilkan tindak balas imun ke atas lapan orang yang menerima, sama seperti pada orang yang pulih daripada virus.

Pada awalnya, data fasa satu interim ini menunjukkan vaksinasi dengan mRNA-1273 menimbulkan tindak balas imun besar disebabkan jangkitan semulajadi.

Data-data membuktikan bahawa ia berpotensi untuk mencegah penyakit COVID-19 dan meningkatkan kemampuan pihaknya memilih dos untuk ujian penting.

Dalam pada itu, Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengalu-alukan berita berkenaan sambil menyifatkan ia sebagai sesuatu yang luar biasa dan beliau juga mengaku melihat keputusan itu.