Monday, December 9, 2019
updated 12:40 PM UTC, Dec 9, 2019

Rakyat Bosnia tunjuk prostes susulan kes dera kanak-kanak OKU di pusat jagaan

  • Published in Berita Dunia

SARASJEVO - Penunjuk perasaan berhimpun di luar bangunan kerajaan di Sarajevo selepas seorang ahli parlimen pembangkang menerbitkan gambar seorang kanak-kanak kurang upaya yang diikat pada katil di sebuah pusat jagaan.

Protes yang disertai kira-kira seribu orang termasuk sejumlah ibu bapa kanak-kanak kurang upaya.

Mereka mendakwa pusat jagaan terbabit tidak berperikemanusiaan dan menyeksa anak-anak mereka dengan perbuatan seumpama itu.

Protes berlaku sehari selepas ahli parlimen Sabina Cudic dari parti pembangkang Nasa Stranka secara terbuka berkongsi gambar yang dimaksudkan dan menuntut agar perkara itu dibahaskan di parlimen.

Bagaimanapun permintaanya ditolak.