Logo

Keputusan kebenaran solat di masjid dan surau bakal diketahui minggu ini

TANAH MERAH, 11 Mei - Keputusan sama ada umat Islam dibenarkan kembali menunaikan solat di masjid dan surau akan diketahui minggu ini.

Perkara itu dinyatakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Ahmad Marzuk Shaary.

Menurutnya, mesyuarat Khas Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Jumaat lepas, telah mengambil kira pandangan pakar-pakar perubatan daripada Kementerian Kesihatan (KKM), cendikiawan Islam yang melibatkan exco dan mufti negeri mengenai isu terbabit.

Sehingga kini pihaknya masih menunggu keputusan kabinet untuk dibawa kepada Majlis Raja-Raja.

Beliau memberitahu pemberita selepas menyampaikan sumbangan keperluan asas kepada keluarga asnaf di Tanah Merah di bawah Program Musa’adah COVID-19 anjuran YADIM Kelantan.

Sehingga kini, RM400,000 telah dibelanjakan YADIM untuk agihan bantuan tersebut yang diselaraskan 14 agensi di bawah Hal Ehwal Agama termasuk masyarakat orang asli.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.