Monday, December 9, 2019
updated 12:40 PM UTC, Dec 9, 2019

Polis Filipina diarah tahan penghisap vape

  • Published in Berita Dunia
Foto AFP

MANILA - Polis Filipina telah diarah menahan sesiapa sahaja yang menghisap rokok elektronik di kawasan awam.

Keputusan itu menyusul beberapa jam selepas Presiden Rodrigo Duterte mengumumkan akan mengharamkan penggunaan rokok elektronik tersebut.

Ia sekali gus meningkatkan lagi tekanan global terhadap produk sedemikian yang sebelum ini dianggap sebagai kurang berbahaya berbanding rokok tembakau.

Duterte, bekas perokok, menyifatkan peralatan itu sebagai toksik dan berkata menghisap vape memperkenalkan kimia ke dalam tubuh pengguna.

Beliau mengarahkan penangkapan sesiapa yang menghisap vape secara terbuka di negara yang mempunyai antara peraturan antirokok paling ketat di Asia.

Tiada arahan rasmi bertulis disiarkan yang menyatakan skop larangan atau hukuman melanggar undang-undang itu.