Monday, December 16, 2019
updated 5:05 AM UTC, Dec 16, 2019

Lebih 7 juta kanak-kanak seluruh dunia ditempatkan di pusat tahanan imigresen - PBB

  • Published in Berita Dunia

GENEVA - Kajian Global Mengenai Kanak-kanak Dinafikan Kebebasan mendedahkan lebih 7 juta kanak-kanak ditahan di seluruh dunia dengan Amerika Syarikat mempunyai angka terbesar.

Di Amerika Syarikat, terdapat lebih 100,000 kanak-kanak ditahan di pusat tahanan imigresen berdasarkan laporan agensi Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) berkaitan pelarian pada 2015.

Mengulas statistik berkenaan, Nowak mencadangkan kerajaan di seluruh dunia melaksanakan kaedah alternatif bagi menguruskan kanak-kanak pelarian selain tidak memisahkan mereka daripada penjaga masing-masing.