Monday, July 13, 2020

updated 12:40 PM UTC, Jul 13, 2020

COVID-19: Kluster baharu Setia Alam

  • Published in Nasional

PUTRAJAYA, 9 Mei - 54 kes baharu COVID-19 dilaporkan hari ini, dengan 45 daripadanya adalah bukan warga negara.

Satu lagi kluster baharu juga dikesan membabitkan pekerja warga asing tapak pembinaan di Setia Alam, Selangor.

Kluster ini telah dikesan pada 6 Mei lalu apabila Kementerian Kesihatan menerima notifikasi daripada sebuah hospital swasta.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, hospital tersebut telah menjalankan saringan COVID-19 ke atas pekerja yang bakal kembali bertugas.

3 daripada 5 yang disaring disahkan positif COVID-19.

Ketiga-tiga mereka merupakan warga Bangladesh yang berkongsi kediaman dengan 18 yang lain.

Daripada 28 kontak rapat yang disaring, 12 daripadanya positif.

9 daripadanya negatif, manakala bakinya menunggu keputusan.

Punca jangkitan masih dalam siasatan.

Dalam pada itu, 28 kes baharu positif COVID-19 membabitkan Kluster Pedas direkodkan hingga tengah hari tadi.

Pertambahan ini menjadikan jumlah kes positif, sebanyak 88 kes.

Jelas Datuk Dr Noor Hisham, kes positif kluster ini melibatkan 81 kes bukan warganegara.

Ia membabitkan 33 warga Nepal, 26 Bangladesh, 11 Indonesia dan 11 warga Myanmar.

Punca jangkitan bagi kluster berkenaan masih dalam siasatan.