Monday, July 13, 2020

updated 12:40 PM UTC, Jul 13, 2020

Sidang Dewan Rakyat 18 Mei beri keutamaan kepada urusan kerajaan

  • Published in Nasional

PUTRAJAYA, 8 Mei - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Hal Ehwal Undang-Undang, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, sidang Dewan Rakyat 18 Mei ini mengutamakan urusan penting kerajaan terlebih dahulu seperti diamalkan selama ini.

Sebarang usul pembangkang perlu menunggu urusan kerajaan diselesaikan dahulu seperti Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan 2019 dan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan 2020.

Jika usul pembangkang tidak dibahaskan pada sidang 18 Mei ini, ia perlu dikemukakan sekali lagi pada sidang akan datang.

Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen ke-14 akan dimulakan dengan titah ucapan perasmian Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Selain itu, sidang ini turut mendengar pengumuman pelantikan Anggota Parlimen Port Dickson sebagai Ketua Pembangkang yang dibuat oleh Speaker.

Sidang kali ini perlu diadakan bagi mengelak komplikasi undang-undang.