Monday, December 16, 2019
updated 5:05 AM UTC, Dec 16, 2019

Seorang maut, beberapa lagi hilang jambatan runtuh di Perancis

  • Published in Berita Dunia

TOULOUSE, PERANCIS - Seorang remaja perempuan maut manakala beberapa lagi dikhuatiri hilang setelah terjatuh ke dalam sungai akibat jambatan runtuh di Toulouse, Perancis.

Turut terjatuh ke dalam Sungai Tarn yang deras itu ialah beberapa buah kenderaan.

Menurut bomba, kejadian membabitkan jambatan yang menghubungkan Mirepoix-sur-Tarn dan Bessieres.

Mayat remaja perempuan berusia 15 tahun dijumpai pasukan penyelamat manakala ibunya pula diselamatkan orang ramai.

Tiga lagi mangsa turut berjaya diselamatkan.

Usaha mengesan beberapa lagi mangsa giat dijalankan 60 anggota pasukan penyelamat termasuk kumpulan penyelam.

Turut terlibat, 40 anggota polis.

Pihak berkuasa mengesyaki kenderaan yang terjatuh ke dalam sungai ialah sebuah kereta, lori dan sebuah lagi kenderaan yang belum dikenalpasti.

Jambatan yang runtuh itu dibina sekitar tahun 1930an dan sering diperiksa.

Datuk bandar Mirepoix-sur-Tarn; Eric Oget berkata ia merupakan laluan utama penduduk Toulouse dan menyifatkan insiden sebagai trauma sebenar.