Monday, December 9, 2019
updated 12:40 PM UTC, Dec 9, 2019

Tiga orang maut dalam tembakan rambang di pasar raya Walmart di Duncan, Oklahoma

  • Published in Berita Dunia

WASHINGTON - Lagi tragedi tembakan rambang di Amerika Syarikat.

Terbaru ; tiga orang maut dalam tembakan rambang di pasar raya Walmart di Duncan, Oklahoma.

Pihak polis Duncan menyatakan - tragedi tembakan itu berlaku di tempat letak kereta di hadapan pasar raya Walmart.

Pihak polis juga mengesahkan suspek terbunuh dalam tembakan tersebut..

Tembakan berlaku pukul 10:00 pagi ; dua lelaki dan seorang wanita disahkan terbunuh dalam kejadian itu.

Sekolah-sekolah di kawasan tersebut ditutup sementara ; sebelum pihak polis mengesahkan kawasan itu selamat.

Pada Ogos lalu ; Seorang lelaki bersenjata membunuh 22 orang di pasaraya Walmart di El Paso Texas.

Manakala pada bulan Julai ; satu lagi tragedi berlaku di pasaraya Walmart di Mississippi apabila seorang pekerja membunuh dua rakan nya dan mencederakan seorang pegawai polis.