Logo

PKPB: Orang ramai dibenarkan bergerak melebihi 10 kilometer

PUTRAJAYA, 4 Mei - Orang ramai kini dibenarkan bergerak melebihi radius 10 kilometer di bawah PKPB.

Jelas Datuk Seri Ismail Sabri, peraturan yang terpakai dalam PKP terdahulu, sudah tidak dilaksanakan di bawah PKPB.

Mengulas mengenai jadual pergerakan rentas negeri dari kampung halaman bermula Khamis hingga Ahad ini, mana-mana individu yang terlepas tarikh yang ditetapkan itu, perlu melaporkan atau mendapat kebenaran daripada polis untuk pergerakan mereka.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.