Monday, December 9, 2019
updated 12:40 PM UTC, Dec 9, 2019

Gencatan senjata jihad Islam : Israel terus lancarkan serangan, kematian meningkat

  • Published in Berita Dunia

SEMENANJUNG GAZA - Israel terus melancarkan serangan udaranya ke Semenanjung Gaza meski gencatan senjata telah berkuat kuasa kira-kira 5.30 pagi waktu tempatan, semalam.

Sumber tentera rejim menyebut mereka telah melancarkan serangan terbaru pagi ini menyasarkan kumpulah Jihad Islam.

Namun Israel mendakwa berlaku beberapa serangan roket dari Semenanjung Gaza semalam

Serangan intensif Israel sejak dua hari lalu menyebabkan sekurang-kurangnya 34 penduduk Palestin terbunuh termasuk tiga wanita dan lapan kanak-kanak.

Namun kenyataan tentera rejim menyebut, sejak Selasa sehingga Rabu lebih 360 serangan roket dilancarkan dari Semenjung Gaza dan 90 peratus daripadanya berjaya dipintas.

Selebihnya mengena sasaran dan mencederakan beberapa penduduk tempatan.