Sunday, May 31, 2020

updated 1:53 PM UTC, May 31, 2020

Penjual ikan dan pencuci kereta ditahan ingkar PKP, miliki dadah

  • Published in Jenayah

SUNGAI PETANI, 26 April - Penjual ikan dan pencuci kereta bukan sahaja ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) malah turut memiliki sejumlah dadah.

Kedua-dua mereka ditahan secara berasingan awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, ACP Adzli Abu Shah berkata, dalam operasi di Taman Bandar Baharu, anggota polis yang melakukan rondaan terserempak dengan seorang lelaki berjalan dalam keadaan mencurigakan.

Hasil pemeriksaan, pihaknya menemui tiga paket plastik lutsinar berisi ketulan kecil disyaki syabu seberat 1.7 gram.

Suspek berusia 29 tahun berasal dari Bedong mengaku keluar dari rumah untuk mencari bekalan dadah.

Dalam tangkapan berasingan, seorang lagi lelaki yang berada dalam keadaan mencurigakan ditahan di lampu isyarat SP Saujana, Ambangan Height.

7 paket plastik lutsinar disyaki syabu seberat 3.2 gram ditemui dalam beg suspek yang merupakan tokan dadah.