Logo

2,908,206 kes global COVID-19

MARYLAND, 26 April -Angka korban akibat Covid-19 di seluruh dunia terus meningkat sehingga meragut lebih 200- ribu nyawa.

Jumlah jangkitan pula meningkat mencecah lebih 2 juta kes.

Menurut Johns Hopkins University, Amerika Syarikat menjadi negara paling teruk diancam virus maut itu dengan kes jangkitan melebihi 852,000 dengan kematian melebihi 53,000 individu.

Diikuti Itali yang mencatatkan bilangan kematian kedua tertinggi dengan 26,000 manakala Sepanyol dengan kes jangkitan kedua paling banyak iaitu melebihi 223,000.

Virus maut itu telah merebak ke 210 negara sejak pertama kali muncul di China pada Disember tahun lepas.

China mengisytihar 4,632 kematian dengan 82,816 kes jangkitan COVID-19.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.