Wednesday, November 20, 2019
updated 12:35 PM UTC, Nov 20, 2019

91.5 peratus tanah Palestin dirampas Israel

  • Published in Berita Dunia

TEBING BARAT - Palestin meminta bantuan media antarabangsa agar pemimpin dunia membuka mata berikutan rejim Israel terus merampas tanah penduduk Palestin dan membuka penempatan haram.

Setiausaha Agung Liberalisasi Palestin (PLO) Saeb Erekat membawa puluhan media asing bagi meninjau sebuah penempatan haram Israel yang dibuka di Tebing Barat berhampiran Lembah Jordan.

Jelas Saeb, Israel akan membina 2,000 kediaman di tanah rakyat Palestin yang dihalau dan dirampas secara haram.

Menurutnya kini hanya 8.5 peratus tanah di Palestin diduduki rakyat Palestin untuk kediaman dan pertanian, namun 91.5 peratus lagi telah hilang di peta dunia akibat dicuri secara terang-terangan oleh rejim Zionis.

Bulan lalu sahaja 2,342 buah rumah haram untuk penduduk Israel siap dibina di Tebing Barat menurut badan bukan kerajaan Peace Now.

Biarpun PBB dan Kesatuan Eropah telah menegur tindakan Israel namun tidak diendahkan.

Disebaliknya ratusan rumah penduduk Palestin dirobohkan setiap minggu dengan pelbagai alasan pelik Israel.