Sunday, May 31, 2020

updated 1:53 PM UTC, May 31, 2020

Guna kaedah pandu lalu serah peralatan jahitan PPE

  • Published in Nasional

 

KUALA PILAH, 25 April - Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Pilah menggunakan kaedah pandu lalu bagi menyerahkan peralatan jahitan serta kain untuk menjahit alat pelindung diri (PPE) kepada sukarelawan.

Menurut Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan, Datuk Pkharuddin Ghazali, selain memudahkan sukarelawan mendapatkan peralatan tanpa perlu turun dari kenderaan, ia merupakan penjarakan sosial yang terbaik bagi mengelak kesesakan.

"Sukarelawan hanya perlu mengesahkan kehadiran untuk mendapatkan peralatan dan menunggu di kenderaan sebelum diserahkan oleh penyumbang.

"Kesemua mereka kini menjalankan kerja-kerja jahitan PPE di rumah masing-masing bagi mengelakkan mereka berkumpul di suatu tempat yang sama," jelasnya.

Ujarnya lagi, setakat ini seramai 200 sukarelawan terdiri daripada guru, ibu bapa, belia dan komuniti setempat terlibat secara langsung dalam program menghasilkan seribu pasang PPE setiap hari.

PPE tersebut disumbangkan kepada Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah dan Hospital Tuanku Jaafar, Seremban.