Wednesday, 23 September 2020

updated 12:40 PM UTC, Sep 23, 2020

Akad nikah dalam talian untuk permohonan yang telah lulus sahaja - JAWI

  • Published in Nasional

 


KUALA LUMPUR, 24 April - Pelaksanaan akad nikah secara dalam talian atau sidang video hanya diberikan kepada pasangan yang telah mendapat kebenaran untuk bernikah sebelum tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan.

Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Mohd Ajib Ismail menjelaskan, kelonggaran itu diberikan kepada mereka yang telah melengkapkan dokumen serta menghantar borang permohonan untuk bernikah lebih awal.

Bagaimanapun bagi pasangan yang baharu memohon atau belum melengkapkan dokumen yang diperlukan, mereka perlu menangguhkan hasrat mereka untuk berkahwin sehingga tempoh PKP selesai.

Beliau berkata demikian ketika menjadi tetamu program bual bicara Selamat Pagi Malaysia TV1 di Angkasapuri.